counting days

Daisypath Anniversary tickers

June 19, 2017

catatan markonah.

assalamualaikum.

Gliclazide 80 mg tablet (kencing manis)
2 kali sehari.
diambil 30 minit sebelum makan.
ambil pada masa yang tetap.
jangan berhenti makan ubat.

Acetylsalicylic Acid 100 mg Gly 45 mg tab (cairkan darah)
diambil 1 biji setiap pagi.
ambil ubat selepas makan.

Amlodipine 10 mg tablet ( tekanan darah tinggi)
diambil 1 biji setiap pagi.
ambil ubat selepas makan.

Simvastatin 40 mg tab ( tahap kolesterol tinggi)
diambil 1 biji setiap malam.
ambil ubat sebelum atau selepas makan.
ambil pada masa yang tetap.
jangan berhenti makan ubat,


korang mesti tertanya-tanya, senarai apa yang aku tunjukkan ni? ni adalah antara ubat-ubatan yang wajib ibu ambil dalam proses penyembuhannya. untuk pengetahuan korang, sehari sebelum berpuasa, pada 26 Mei 2017, jam 5 pagi ibu dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi yang terlampau tinggi dan diserang angin ahmar atau nama lainnya stroke sebelah badan iaitu bahagian kanan. 

Alhamdulillah, ibu semakin menunjukkan perubahan cuma perlukan lebih perhatian disetiap langkah yang diambil. tangannya sudah boleh menggenggam sedikit, kakinya mampu diangkat, tidak perlu diseret, sudah boleh mandi sendiri walaupun memakan masa yang agak lama. namun apabila ibu terlalu memaksa, ibu mudah letih. ibu akan berhenti seketika dan menyambung semula. 

harapan aku, semoga ibu kekal bersemangat untuk terus berusaha agar mampu kembali kepada sedia kala. tiada yang lebih indah di hari raya ini daripada melihat ibu yang mengandungkan aku selama 9 bulan sembuh dan menjalani hari-harinya seperti sedia kala. doa aku tak pernah putus ke hadrat ilahi agar dipermudahkan urusan ibu untuk sembuh. 

banyak lagi sebenarnya aku nak berkongsi tapi cukup ini je dahulu. kuatkan aku Tuhan.

Tuhan, sembuhkanlah ibuku :'(

terima kasih sudi baca.

May 29, 2017

#Sedih

Assalamualaikum.



27 Mei 2017.

Terbaring lesu.
Kurang gerakan.
Aku sendiri tak sangka.
Aku kena lalui situasi ni.

Berjalan jalan dalam hujan sendiri.
Menangis.
Duduk di bangku melihat dikeramaian orang.
Fikiran celaru.
Menangis dalam bas sendiri.
Menangis di katil sendiri.

Makan sambil menangis.
Mandi sambil menangis.

Kadang berharap selamanya di mimpi.
Dan esok hari adalah permulaan hari yang baru.

Aku sentiasa ada biarpun jasadku jauh di bumi Seremban.
Apa saja untukmu.
Akan aku usahakan.

Tuhan,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kuatkan aku.
Kuatkan Dia.
Kuatkan kami semua.

Agar kami redha dan terus berusaha.
Jika ini yang tertulis buat kami.

Tuhan menguji semampu kita.
Bersangka baik pada yang MAHA dalam segala hal.

Moga Tuhan temukan aku dengan kekuatan dalam melalui hari-hari mendatang.
Moga Tuhan merahmati jiwa-jiwa yang sedang tenat.
Moga esok, lusa dan selamanya kita mampu berjuang untuk hidup kita.

be good Konah.

Terima kasih mengirimkan orang yang baik-baik disampingku.

Tuhan saja yang mampu balas.

Insya-Allah semuanya dipermudahkan.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.