counting days

Daisypath Anniversary tickers

November 5, 2016

off being pretentious

Assalamualaikum.



Media Sosial.

kau tahu apa yang lebih sial dari segala hal-hal sial yang wujud sekarang? aku ulang, media so-sial. ada banyak hal yang aku tak gemar tentang media sosial, tempat kebanyakan kita yang hidup lari dari kebiasaan. hidup dalam pura-pura.

aku tak boleh hadam langsung hidup manusia yang selesa dan bangga cerita perihal hubungan dengan pasangan orang lain. dah macam diari dia buat. tak kisah lah dalam hal apa sahaja. cantik tak buat kita sempurna. sayang lah, fizikal tiptop tapi dalaman dan perangai kita tak jaga.

aku ni kira pengecut juga lah tak tegur depan-depan. tapi, masalah dengan orang yang nampak dia sempurna ni, takkan terima teguran walaupun secara baik, ataupun secara kekerasan dalam percakapan. depan kau dia mungkin buat-buat okay, alih-alih kau pulak jadi bahan kutukan dia.

jadi, cara terbaik untuk buat aku takda rasa tak selesa dengan orang macam ni, aku jauhkan diri je. senang. hati dan mulut aku pun takdala buat dosa kering pada dia. mengata orang sedap weyh, sebab tak kena batang hidung kau sendiri. aku paling takut bab ni lah. dosa dengan Tuhan kau boleh minta maaf, dengan manusia...

aku takdalah baik sangat, tapi tulah tu. semoga kita semua selalu dalam jagaan-Nya. may He guides us to the right path. always.

No comments:

Post a Comment

terima kasih :)