counting days

Daisypath Anniversary tickers

December 4, 2016

usaha lagi.

Assalamualaikum


saya kira yang tertinggal pada saya cumalah kemarahan, kesedihan, keputus asaan dan soalan-soalan tanpa jawapan yang kerap kali saya ajukan pada diri. mungkin pada Tuhan juga.

Ada ketikanya saya takut untuk berlebih-lebihan dalam bersoal jawab dengan Tuhan, bimbang secara tidak sengaja menyalahkan Tuhan atas segala perancangan-Nya.

Dalam hal saya, kenanganlah yang paling kejam. Ia tak pernah serik menarik saya kembali ke titik mula perjalanan saya.

semalam saya bangun dengan rasa kesedihan yang masih bersisa. mimpi adalah sahabat baik kenangan. dan juga impian. ia bersatu dan membawa kesakitan dan menghidupkan rasa yang terus-terusan membuatkan saya terfikir, saya kena lebih berusaha daripada orang lain.

dan akhirnya, saya mencuba menguatkan kembali hati ini dengan berusaha semaksima boleh agar apa yang saya miliki sekarang, mampu saya ubah sebelum waktu itu tiba.

dan hari ini, saya sedang ingin menang dengan usaha saya sendiri.

No comments:

Post a Comment

terima kasih :)