counting days

Daisypath Anniversary tickers

March 11, 2017

13 years old soul

assalamualaikum



had a good talk with Rafeah yesterday. tentang hal-hal yang kononnya jadi penyebab kesedihan saya. now I realized that, it's always me. saya sering membandingkan diri mahupun kehidupan yang saya punya dengan orang lain. lebih teruk lagi, saya sering lihat apa yang saya tak punya. ada seribu satu nikmat yang Tuhan beri pada saya tetapi saya tetap lihat pada kekurangan dalam diri mahupun dalam hidup saya.

selepas saya senaraikan antara penyebab saya penat dengan hidup; nyata saya dapat lihat yang saya belum bersedia menginjak ke alam dewasa. kebanyakannya tentang hal-hal kerja dan perkara remeh tetapi saya sibukkan. i hate adulthood. saya suka akan tanggungjawab yang saya perlu pikul, but at the some part kadang, saya terlalu ingin hidup dalam dunia yang tak realistik. ditemani rasa dipercayai, diperlukan, bla bla.

saya taklah begitu penat dengan hidup. bahkan hidup saya taklah sesukar yang saya khabarkan. saya cuma terlalu perasa. saya sendiri terlebih menjadi seorang perasa. as much as i hate being an adult, saya takkan boleh lepaskan diri dari mereka-mereka yang merendahkan kebolehan saya. sampai satu ketika, saya cuma mahu berdiam, berseorangan. tapi sampai bila saya mahu lari apabila keadaan tak berpihak pada saya? sampai bila saya nak lari dari mereka? happily ever after, tak pernah wujud.

suka atau tidak, saya masih perlu teruskan apa yang saya mulakan. Tuhan takkan menguji kita lebih daripada kemampuan kita.

what am i? a 13 years old soul living in s 22 years old body? dah nak masuk 22 tahun pun, masih sama.



No comments:

Post a Comment

terima kasih :)