counting days

Daisypath Anniversary tickers

May 5, 2017

Assalamualaikum.


Pada masa lecturer membuat pembahagian, pada masa aku berjalan menuju pada ahli kumpulan aku. aku tersentak. aku terfikir.

Ada dua fakta yang baru yang aku terfikir diwaktu seharusnya aku berfikir tajuk apa yang patut aku buat untuk assignment kali ni.

Satu; Orang yang kita sayang tak perlu berusaha keras untuk buat kita tersenyum dan gembira. Cukup dengan melihat dia bahagia, itu sudah memadai untuk membuatkan kau turut tersenyum, gembira sama. Kadang-kadang benda remeh seperti ucap "hi", itu juga sudah memadai untuk buat kita bermimpi. ya, nampak simple tapi cukup bermakna. kan?

Dua; Orang yang kita sayang juga mampu buat kita sedih berhari-hari dengan cara yang sama. Tak perlu bersusah payah. Ada masanya, cuma kita yang mungkin berlebih-lebihan terasa dengan hal-hal yang remeh temeh dan hal-hal yang kita sendiri cipta yang menyebabkan situasi itu berlaku. sama ada kita sememangnya begitu, mudah terasa atau entahlah. aku sendiri tak tahu.

Akhirnya, kalau kita gembira kita akan kongsi sama rasa dan kalau kita tak berapa gembira kita akan cuba simpan. Aku okay, jerit kuat-kuat. Nanti kau pun okaylah.

ps: lagu Sia menemai penulisan aku malam ni. Sayu je. Kalau kau baca, can we like before? i miss the old us. Aku tahu silap aku, aku dah minta maaf. Boleh tak kau maafkan aku? Aku tak tenang bila kena lalui hari hari yang camni. Gittew. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih :)