counting days

Daisypath Anniversary tickers

May 21, 2017

entah apa rasa ini.

Assalamualaikum.



menulis untuk apa yang terlintas dekat otak. entahlah. rasanya mahu sendiri. aku tak tahu. seperti mahu memencilkan diri didalam sebuah bilik yang gelap dan sejuk. sunyi. cuma ada bising hujan, atau anjing bersahutan diluar. mahu duduk diam di meja bucu, dengan hanya satu mentol menyala malap. dan secawan minuman hangat berupa teh yang akhirnya akan dibiarkan dingin. begitu sahaja.

biar direnung kaca sampai tembus pandang. sekurangnya masih ada refleksi aku. dan hanya aku semata. dan biar saja seisi dunia berlari mengejar dan dikejar waktu. aku cuma mahu begini. penat mendengar pekik perih hari semalam. penat menyusur mimpi-mimpi yang diusir hakikat.


entahlah. rasanya mahu sendiri. rasanya tahap kemampuan aku sudah ditahap paling kemuncak. aku tak kuat. Tuhan, apakah semua ini?

mungkin aku hanya perlu ditemukan dalam persembunyian ini,


terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment

terima kasih :)