counting days

Daisypath Anniversary tickers

May 29, 2017

#Sedih

Assalamualaikum.



27 Mei 2017.

Terbaring lesu.
Kurang gerakan.
Aku sendiri tak sangka.
Aku kena lalui situasi ni.

Berjalan jalan dalam hujan sendiri.
Menangis.
Duduk di bangku melihat dikeramaian orang.
Fikiran celaru.
Menangis dalam bas sendiri.
Menangis di katil sendiri.

Makan sambil menangis.
Mandi sambil menangis.

Kadang berharap selamanya di mimpi.
Dan esok hari adalah permulaan hari yang baru.

Aku sentiasa ada biarpun jasadku jauh di bumi Seremban.
Apa saja untukmu.
Akan aku usahakan.

Tuhan,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kuatkan aku.
Kuatkan Dia.
Kuatkan kami semua.

Agar kami redha dan terus berusaha.
Jika ini yang tertulis buat kami.

Tuhan menguji semampu kita.
Bersangka baik pada yang MAHA dalam segala hal.

Moga Tuhan temukan aku dengan kekuatan dalam melalui hari-hari mendatang.
Moga Tuhan merahmati jiwa-jiwa yang sedang tenat.
Moga esok, lusa dan selamanya kita mampu berjuang untuk hidup kita.

be good Konah.

Terima kasih mengirimkan orang yang baik-baik disampingku.

Tuhan saja yang mampu balas.

Insya-Allah semuanya dipermudahkan.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

No comments:

Post a Comment

terima kasih :)